Sunday, 17 February 2013

TAK PERLU UBAH kepada PR. Kekalkan TRANSFORMASI BN !







Kalau kita menebang jati              
    Biar serpih tumbangnya jangan

Kalau kita mencari ganti   

    Biar lebih kurang jangan


Sekapur Sireh

Pada bulan Januari tahun 1957, Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah memberikan pesanan tahun baru kepada seluruh rakyat Malaya ketika itu dengan berkata “ Tahun ini adalah tahun yang paling mencabar buat rakyat Malaya. Kesungguhan diperlukan daripada setiap orang untuk menjadikan tahun ini yang terbaik. Selepas Ogos tahun ini, saya berharap Malaya akan mengikuti bentuk kerajaan yang akan membawa kemakmuran kepadanya. Ini bermakna kita perlu menyekat unsur-unsur  subversive dan merapatkan jurang  sesama kita. Pesanan terakhir untuk rakyat Malaya ialah, kita memerlukan bantuan setiap orang untuk menjadikan negara kita sebuah Negara yang  makmur dan hebat”
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj – 1 Januari 1957 – London

Ketika Tunku Abdul Rahman memberi ucapan ini, Malaya ketika itu mempunyai penduduk seramai 6.3 juta orang sahaja. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) baru mencapai RM 5.1 billion.  KDNK sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang. 

Kini pada tahun 2012 selepas 55 tahun merdeka KDNK Malaysia adalah sebanyak lebih daripada RM 440 billion[1]  dan rakyat Malaysia telah melebihi 28 juta orang. Dalam hanya 55 tahun , ekonomi Malaysia telah berkembang berlipat kali ganda hasil daripada gabungan tenaga rakyat Malaysia dan juga kerajaan yang dipilih rakyat berusaha dengan bersungguh-sungguh memakmurkan Negara ini sepertimana yang telah dinasihatkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman pada 1 Januari 1957.

Tidak lama lagi kita akan mengahadapi Pilihanraya ke 13 yang bakal menjadi pilihanraya yang bakal menentukan destini Negara kita menuju ke satu sempadan yang bakal mewariskan sama ada sebuah Negara yang berterusan mencapai kemakmuan atau landasan menuju kehancuran ? 

Apa sahaja yang kita buat pada pilihanraya ke 13 ini sebenarnya bukanlah menentukan masa depan kita tetapi sebenarnya menentukan masa depan Negara kita yang bakal menempuh alaf tamadun baru yang melanda dunia tanpa sempadan ini yang diungguli oleh teknologi maklumat yang telah membawa satu revolusi pendidikan yang telah mengubah cara manusia berfikir. Keputusan kita hari ini akan menentukan apa yang bakal diwarisi oleh generasi masa hadapan yang samada akan meletak bunga di atas pusara  atau meludah di penjuru batu nisan yang telah pudar warnanya.

Padi muda jangan dilurut    
    Kalau dilurut pecah batang

Hati muda jangan diturut   
 
    Kalau diturut salah datang







[1] http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/7/18/nation/20120718132130&sec=nation

No comments:

Post a Comment