Sunday, 10 March 2013

Anwar Ibrahim - Politik Kacau Dalam Seluaq ?



Sebuah lagi sandiwara bakal meletup dengan hadirnya pelakon utama yang baru - Mohamed Fareez Kamal Intidzam, 24 tahun. Ini sebuah lagi kisah ala Saiful Bukhari yang mungkin pada mulanya menjadi pembancuh kopi sahaja dan kemudiannya dinaikkan pangkat hingga menjadi Pegawai Diplomat. Boleh-kah diterima akal Anwar Ibrahim telah melantik seorang budak berumur - 19tahun (5 tahun lepas) menjadi -Pegawai Diplomat Sulit Antarabangsa.  Perlu di-ingat, perkara ini didedahkan sendiri oleh Pegawai Diplomat Sulit Anwar ini yang takut dibayangi kepala-kepala masam yang menjadi orang suruhan Wan Azizah. Budak ini menulis surat kepada kepimpinan PAS dan menyatakan bahwa Wan Azizah CEMBURU beliau RAPAT dengan Anwar Ibrahim. Budak ini pula memberi sokongan kepada Azmin Ali dan menolak Wan Azizah daripada menjadi calon di PRU 13 walaupun untuk kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini politik dalam PKR yang bakal menggegarkan !

Apa istimewanya budak ini hingga menjadi Pegawai Diplomat pada umur yang sebegitu muda ? Adakah budak ini berkelulusan Harvard ? Adakah budak ini berkelulusan Oxford ? Mungkin juga budak ini mahir dalam kaunseling bini orang jam 3 pagi atau boleh beli dan makan aiskrim dalam jamban ! Adakah kepimpinan yang sedemikian boleh memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahwa Anwar Ibrahim mahir dalam memilih orang-orang yang akan diberi tanggung-jawab penting ? Kita tidak ada masaalah jika orang muda diberi tanggung-jawab berat dan penting. Malah Rasullulah s.a.w pernah memberi amanah kepada seorang budak berumur 17tahun untuk menjadi panglima tentera Islam. Tetapi persoalan sekarang, kenapa Azizah dan Nurul Izzah menjadi cemburu dan bimbang dengan Mohamed Fareez yang dikatakan sangat akrab dengan Anwar Ibrahim ? Mungkinkah kehadiran budak ini mempunyai potensi untuk menjatuhkan Anwar kerana tabiat songsangnya memang telah diketahui oleh Wan Azizah dan Nurul Izzah. Adakah ini politik kacau dalam seluaq Anwar Ibrahim yang terbaru ? Pihak kepimpinan PAS sekarang ini mungkin telah menyediakan stadium, balai-balai raya, dewan orang ramai untuk mengadakan Solat Hajat Kebangkitan Rakyat Mohamed Fareez peringkat kebangsaan untuk menolak satu lagi sandiwara yang dikatakan tajaan UMNO. Penampilan ayah Saiful Bukhari bukan sandiwara politik tetapi Mohamed Fareez adalah konspirasi UMNO. Double Standard yang sentiasa akan ada dalam minda penyokong tegar Pakatan Rakyat. Akhir kalam, dimanakah Jam Omega ? PRU 13, kita kena lafaz doa talkin untuk Pakatan Rakyat. Cukuplah politik kacau dalam seluaq tajaan Anwar Ibrahim. Cukup, cukup, sudah ! Cukup sampai di sini saja.



No comments:

Post a Comment