Friday, 8 March 2013

Sandiwara Sodomi II Anwar Ibrahim


Dalam keadaan gawat negara tertekan dengan serangan pengganas di Sabah, Anwar Ibrahim sibuk bersandiwara dengan cubaan membersihkan imej beliau di mata masyarakat. Secara tiba-tiba tampil Ayah kepada Saiful Bukhari membuat kenyataan bahwa anaknya telah diperalatkan oleh orang-orang yang berkepentingan politik. Ayah Saiful Bukhari mungkin tidak sedar dengan tampil membuat kenyataan tersebut beliau juga berada dalam keadaan yang sama dengan anaknya dengan membenarkan dirinya diperalatkan oleh kepimpinan politik yang berkepentingan juga. Lebih memalukan adalah apabila Ayah Saiful Bukhari tampil berseorangan tanpa anaknya. Ini adalah satu sandiwara yang tidak kesampaian dan kes tersebut telah pun dibicarakan dan Anwar telah didapati tidak bersalah. Ini menunjukkan Anwar sendiri tidak yakin dengan keputusan mahkamah dan mungkin beliau berasa masyarakat di luar sana memerlukan lebih daripada keputusan mahkamah untuk membersihkan namanya.

Namun begitu, timing untuk sandiwara ini berlaku sebenarnya menunjukkan Anwar sudah menjadi celaru dan tersangat terdesak dengan keadaan semasa yang memihak kepada Barisan Nasional sehingga beliau terpaksa mengadakan sesuatu yang menggemparkan bagi mengalih pandangan masyarakat terhadap beliau.

Persoalan sekarang, jika kenyataan penafian Ayah Saiful Bukhari boleh digunakan untuk menafikan bahwa Anwar Ibrahim meliwat Saiful apa pula kedudukan video sex yang menunjukkan Anwar Ibrahim berzina dengan China Doll ? Mungkin sedikit masa lagi, Ayah kepada China Doll akan tampil ke hadapan untuk membuat penafian bahwa Anwar tidak bersetubuh dengan anaknya dan anaknya telah diperalatkan.

Ini bukan Ayah China Doll


Sila renung kata-kata ini dari perpatah bahasa Cina - 

Man who fish in other man's well often catch crabs.

Orang yang memancing di dalam perigi orang lain selalunya 
menangkap ketam batu.

No comments:

Post a Comment