Tuesday, 9 April 2013

Sabah catat prestasi baik dalam Laporan Ketua Audit Negara (2011-2012)


In respond to a friend (Ikmel) on Sabah !

People Against Opposition .......as per our discussion today during tea time. 

Oleh Amirul Azam Zulkafli
 | October 17, 2012
Kerajaan Persekutuan tambah peruntukan kepada RM2.98 bilion tahun hadapan
PETALING JAYA: Sabah mencatatkan prestasi yang baik dalam pencapaian pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bagi fasa pertama dari 2011 hingga 2012 seperti dalam laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.
Sebanyak 7944 projek telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk dilaksanakan oleh 11 kementerian dan jabatan dengan peruntukan berjumlah RM1.91 bilion. Kerajaan negeri telah meluluskan RM1.04 bilion pada tahun 2011.
Daripada keseluruhan projek itu, sebanyak 96.1 peratus atau 7, 630 projek telah siap dilaksanakan, sebanyak 256 projek atau 3.2 peratus sedang dilaksanakan dan sebanyak 58 atau 0.7 peratus projek belum dilaksanakan.
Sejumlah RM758.42 juta atau 72.9 peratus daripada peruntukan sejumlah RM1.04 bilion telah dibelanjakan pada tahun 2011.
Hasil kerajaan turut meningkat dalam Laporan Audit Ketua Negara. Kutipan hasil 2011 kerajaan negeri adalah yang tertinggi dalam masa lima tahun sebelumnya dengan jumlah sebanyak RM4.37 bilion, meningkat sebanyak 4 peratus berbanding RM4.20 juta pada tahun 2010.
Penyumbang utama hasil kerajaan negeri bagi tahun 2007 hingga 2011 adalah daripada cukai jualan, royalti petroleum, hasil hutan, hasil tanah dan hasil.
Prestasi pengurusan kewangan di peringkat kementerian, jabatan dan agensi negeri bagi tahun 2011 adalah baik. Pada tahun 2011, daripada 34 kementerian, jabatan dan agensi yang diaudit, sebanyak enam  jabatan dan agensi negeri mendapat tahap penarafan sangat baik, 21 kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan pada tahap baik dan 7 Jabatan dan agensi lain mendapat penarafan pada tahap memuaskan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat Sabah baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM2.98 billion untuk menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan pada tahun hadapan.
Menurut Najib, antara projek yang dicadangkan adalah untuk menambahbaik bekalan elektrik (RM400 juta), belakan air bersih (RM150) dan membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pedalaman (RM31.3 juta.
Projek lain ialah loji rawatan air di Semporna (RM30 juta) Kolej Komuniti dan Institut Latihan Perguruan Tambunan. Kampus Tuaran (RM32 juta) dan pelbagai projek kesihatan.
Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM3.06 juta untuk pembinaan rumah kedai di Karakit, Pulau Banggi, dan RM3.5 juta untuk perumahan awam di Jalan Apa, Kudat. Kemudahan di Hospital Kudat juga akan ditambahbaik.

----------

Laporan Bernama - 22hb Februari 2013


KOTA BELUD: Penurunan drastik kadar kemiskinan di Sabah daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu menunjukkan program kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman membuahkan hasil, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Salleh Said Keruak. 

Sambil menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN gagal membawa pembangunan di Sabah termasuk dalam konteks pembasmian kemiskinan, beliau berkata, kejayaan itu adalah fakta yang jelas dan benar, sekali gus melenyapkan keraguan tentang kemampuan kerajaan BN membangunkan negeri ini. 
Beliau berkata, kredit seharusnya diberi kepada Ketua Menteri dan Kabinetnya atas program kemiskinan yang sasarannya tepat dan membuahkan hasil. 


"Saya harap rakyat Sabah tidak terkeliru dengan dakyah pembangkang yang cuba menidakkan apa juga kejayaan program kerajaan BN, semata-mata mahu meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang," katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi hari ini. 

Bekas Ketua Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff berhubung perkara itu. 

Ketika mengumumkan keputusan awal Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) 2012 bagi Sabah di sini semalam, Rahamat Bivi dipetik sebagai berkata, kadar kemiskinan di Sabah berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu, penurunan tertinggi kadar kemiskinan yang dicatatkan dalam negara. 

Beliau berkata, kadar kemiskinan di kawasan luar bandar mencatatkan pengurangan daripada 32.8 peratus pada 2009 kepada 12.9 peratus tahun lalu, manakala di kawasan bandar, angka itu berkurangan daripada 9.8 peratus kepada 5.3 peratus. 
Rahamat Bivi juga dipetik sebagai berkata, hasil kajian HIS 2012 itu menunjukkan pendapatan isi rumah purata bagi Sabah pada 2012 meningkat kepada RM4,013 sebulan berbanding RM3,102 pada 2009, peningkatan 29.4 peratus dengan kadar pertumbuhan purata 8.6 peratus setahun. 

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, berkata kejayaan itu membuktikan program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menepati sasaran. 

Katanya, jumlah dana yang besar disediakan kerajaan BN ternyata memberi kesan positif dalam mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah. - 



1 comment:

  1. Hello, Semua orang (Pinjaman Tawaran)
    Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: anitacharlesloancompany@mail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
    kami menawarkan dari $ 1,000.00 kepada $ 25,000.000.00 juga memohon untuk maklumat lanjut

    {Lengkapkan borang pinjaman di bawah}
    Nama anda: ===========
    NEGARA: ===========
    NEGERI: ===========
    ALAMAT: ===========
    GENRE: ===========
    Jumlah yang diperlukan: ===========
    TEMPOH: ===========
    BILANGAN TELEFON: =========== =============
    Hubungi kami dengan email ini: anitacharlesloancompany@mail.com
    Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
    Salam
    Puan Anita

    ReplyDelete