Friday, 12 April 2013

Insiden Mat Spender - Video Mustafa Ali

Macam-macam reaksi yang diberikan kepada video yang memaparkan pelaku yang mirip Mustafa Ali dalam aksi yang sangat memalukan. Seperti biasa para penyokong PAS berada dalam keadaan yang gelabah di dalam menghadapi isu ini. Memang kita bersimpati dengan apa yang berlaku kepada YB Mustafa Ali. Apatah lagi ianya berlaku dalam kesibukkan rakyat dan pemimpin bersiap untuk menghadapi PRU 13.

Apa yang sangat mendukacitakan adalah reaksi awal para penyokong Pakatan Rakyat yang dengan mudah menyalahkan UMNO dalam perkara ini. Persoalan sekarang adalah adakah dengan menyalahkan UMNO maka isu ini akan selesai begitu sahaja ? 

PAS, DAP dan PKR menuduh Barisan Nasional sebuah regim yang korup. Kepimpinan Pakatan Rakyat menamakan diri mereka sebagai satu pakatan yang ALTERNATIF kepada Barisan Nasional. Maka dari sudut menangani isu MORAL rakyat memerlukan jawapan bertanggung-jawab kepada parti-parti politik yang berhadapan dengan isu kepimpinan yang mempunyai masaalah MORAL. 

Perkara ini pula lebih MEMBEBANKAN PAS kerana parti tersebut telah di-BRANDKAN sebagai Islamik dan cuba menghidupkan Siasah Maqassid Syariah dan memperjuangkan konsep Negara Islam. Persoalan besar sekarang kepada rakyat jelata, bagaimana sebuah parti Islam menghadapi isu kepimpinan yang mempunyai masaalah moral ? Ini penting kerana status ULAMA sebagai PEWARIS Nabi adalah teras perjuangan PAS.

PAS seharusnya menunjukkan komitmen mereka bagi menegakkan hukum-hukum Allah dan sekurang-kurangnya mengambil jalan menyiasat isu yang melibatkan masaalah moral pemimpin-pemimpin mereka kerana PAS adalah parti politik yang mengaku memperjuangkan politik berMORAL para pemimpin sebab perjuangan PAS berteraskan Islam. Bagaimana pula pandangan non-Muslim di dalam isu ini apabila mendapati walaupun terdapat pemimpin yang terlibat dengan isu MORAL tetapi tidak ada tindakan mahupun siasatan di dalam menghadapi isu ini. PAS seharusnya bertanggung-jawap terhadap perbuatan Mustapa Ali sama-ada benar atau tidak beliau terlibat tetapi sekurang-kurangnya siasatlah isu ini. 

Kita dapati , PAS tidak komited kepada pembetulan dalaman apabila isu yang melibatkan Mustafa Ali dilabel dengan mudah oleh para penyokong sebagai propaganda UMNO. Ini bermakna apa sahaja tuduhan yang mempunyai bukti video tanpa 4 saksi akan dilabelkan sebagai propaganda UMNO dan dengan ini tidak ada kepimpinan Pakatan Rakyat yang akan dihadapkan ke muka pengadilan walaupun ada sebab yang jelas untuk meragui akhlak moral pemimpin tertentu berdasarkan bukti yang dikemukakan. 

Contoh terdekat adalah Chua Soi Lek, Presiden MCA  yang melepaskan semua jawatan apabila beliau terlibat dalam satu skandal seks dan ironisnya beliau dinobatkan kembali menjadi presiden selepas melalui proses pengadilan yang membuatnya bertanggung-jawab terhadap perbuatan-nya. Ini parti Cina yang hanya berpegang kepada amalan tradisi dan budaya tetapi sangat tegas dalam isu MORAL. Mereka tidak kompromi dan pemimpin mereka berani bertanggung-jawab menghadapi isu MORAL secara telus dan penuh prinsip.

Jika PAS gagal di dalam menguruskan isu keruntuhan MORAL para pemimpin mereka yang digelar ULAMA ini maka KEBOLEHPERCAYAAN rakyat kepada KEPIMPINAN ULAMA akan tergugat dan kemungkinan besar ULAMA-ULAMA PAS dilabel sebagai munafik dan cakap tak serupa bikin. 

Al-Quran - Surah An Nisaa’: ayat 58. 

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Sesiapa sahaja yg diberi amanah dalam tugas dan jawatan bagi menjalankan hukum, maka mereka mesti melakukannya dengan penuh tanggung-jawab tanpa mengira darjat atau pangkat. Dasar utama disini ialah menegakkan keadilan dan membela mereka yg teraniaya dan jangan pula membela puak yg melakukan dosa dan durjana.



No comments:

Post a Comment