Monday, 17 June 2013

Generasi Muda Cina tidak hormati MELAYU kerana RASUAH - Tan Sri Musa Hassan !



Di sunting dari - Utusan Malaysia

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya supaya serius memerangi isu rasuah sekiranya mahu menghentikan sentimen tersebut berlarutan. 

Musa dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia berkata apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain.
"Generasi muda Cina membenci rasuah.
"Apabila orang Melayu rasuah, mereka mengganggap seperti menjual hak kepada orang lain dan akibatnya mereka tidak menghormati orang Melayu," kata Musa yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia di "Forum Rakyat:Melayu Islam Bersatu?" hujung minggu lalu.
Isu rasuah merupakan perkara pokok yang sentiasa menjadi permasalahan dalam pentadbiran kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN), kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menurun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun kedudukan Malaysia bertambah baik pada tahun 2012 menjadi negara ke-54 di dunia, indeks antarabangsa masih meletakkan Malaysia di bawah negara-negara Afrika seperti Rwanda (50) dan Botswana (30).
Baru-baru ini, seorang wanita  Cina telah ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM kerana dikhuatiri telah menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di laman Facebook-nya.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini juga turut dikaitkan dengan sokongan peningkatan sokongan pengundi Cina kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) walaupun berjaya kekal sebagai kerajaan pusat, hanya memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga secara terbuka telah menyalahkan masyarakat Cina apabila menyifatkan keputusan PRU13 sebagai "Tsunami Cina" sejurus selepas berakhir pilihan raya.
Walau bagaimanapun, penganalisis berkata sebaliknya apabila mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.
Malah perlantikkan Datuk Paul Low sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam Kabinet baru-baru ini juga dilihat sebagai langkah untuk memulihkan sokongan masyarakat Cina terhadap pentadbiran beliau dan menonjolkan imej bersih serta membuktikan ketegasan dalam menangani isu rasuah yang berleluasa. - 17 Jun, 2013.

Komen dari BLOG - People Against Opposition
Kenapa golongan BELIA Cina tidak turut menyelar masyarakat usahawan Cina yang telah mengajar budaya RASUAH yang berleluasa di dalam urusan perniagaan mereka ? Kenapa golongan BELIA Cina tidak turut menyelar kepimpinan politik DAP yang turut terlibat dalam RASUAH ? Golongan BELIA Cina perlu juga tahu bahwa banyak usahasama POLITIK dan KEUSHAWANAN menguntungkan golongan USAHAWAN CINA dan contoh terdekat Vincent Tan, Robert Kwok, dan ramai lagi jutawan Cina yang diberi peluang oleh kepimpinan politik Melayu Malaysia. Kenapa usahasama ini tidak dianggap sebagai amalan rasuah jika benar mereka ingin menjadi POLIS MORAL MALAYSIA. Kenapa menyokong pemimpin seperti Anwar Ibrahim yang telah dibuktikan mengamalkan RASUAH dengan menerima dana luar negara serta mempunyai kepentingan luar negara berjumlah billion ringgit. Malah Anwar Ibrahim adalah 'REJECTS' daripada UMNO yang diselar sebagai RASUAH oleh golongan BELIA CINA ini ? Ini adalah antara persoalan yang perlukan jawapan. Seperti dalam filem Ali Baba (P.Ramlee)...bagaimana Ali Baba menjadi kaya dalam sekelip mata ?  
Cina pula mudah lupa.
Baca artikel di bawah ini dari BLOG ini yang disiarkan pada 5 Mei 2013 sebagai peringatan kepada golongan BELIA Cina.

Kepimpinan DAP dan Kumpulan Kongsi Gelap Cina


DAP pada tahun 2008, apabila menang PRU 12 di Pulau-Pinang, telah menjadikan Red Rock Hotel yang terletak di Jalan Macalister sebagai kubu kuat mereka dan juga disitulah DAP Penang telah bertapak dengan Pusat Gerakan War Room mereka terdapat di Hotel tersebut. Red Rock Hotel adalah kepunyaan dua orang "Gangster" Cina yang bernama - Loh Lam Peng dan Loh Nam Seng. 


Mereka berdua ini adalah daripada kumpulan kongsi gelap - Hung Mung yang bermakna "Pintu Merah"...Lazimnya, jika ahli kongsi gelap Cina ingin membuat perniagaan yang sah maka mereka akan masuk dalam bidang "construction". Maka selepas Pulau-Pinang berjaya ditawan DAP atas sokongan undi dari orang-orang Melayu PAS dan PKR....maka habuan yang diberi kepada Loh Lam Peng dan Loh Nam Seng oleh kepimpinan DAP adalah dengan diberi projek-projek "construction" di seluruh Pulau-Pinang kepada syarikat "construction" milik Loh bersaudara ini yang diberi nama - Red Rock Constrcution Sdn Bhd. 

Selain daripada itu, MAFIA Penang ini juga telah menubuhkan - " Red Rock Group of Companies" yang berselindung disebalik perniagaan haram - penyeludupan, menjual dadah, menjual pil-pil khayal (Happy 5 Pills), khidmat seks haram, ah long, peras ugut dll dan kini setelah berkuasa maka DAP telah memberikan perniagaan sah dalam bidang pembangunan hartanah dengan tertubuhnya Red Rock Construction Sdn Bhd kepada dua orang adik breadik MAFIA ini dengan bantuan pengundi-pengundi Melayu PAS dan PKR.Red Rock Hotel terletak di hujung persimpangan antara Macalister Road dan Aboo Siti Lane yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai - Sam Seng Hung...yang merupakan lubuk ganster Cina di Pulau Pinang. 

Di sinilah terdapat - pusat-pusat hiburan Aboo Siti Lane yang terkenal dengan disko-diskonya yang lebih hebat dari Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Selain dari disco, terdapat juga perkhidmatan seks kira jam bagi pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke pusat-pusat hiburan di sini. 

Dengan penglibatan Low Eng Hock dari Ivory Property, maka Red Rock Construction Sdn Bhd juga akan berkesempatan meluaskan perniagaan mereka yang HARAM dan HALAL apabila orang-orang Melayu Islam memberi sokongan kepada DAP menerusi PAS dan PKR.....Maka segala macam FASAD (pencemaran) akan berlaku apabila TEROWONG RM 8 billion dibina dan ianya menguntungkan syarikat yang depannya BUMIPUTERA tetapi hakikatnya dikawal oleh gangster gangster Cina seperti Loh Lam Peng dan Loh Lam Seng....

Atas bantuan kerajaan DAP maka kini Red Rock Construction Sdn Bhd pula diberi peluang bagi membina projek-projek mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang-orang Melayu Islam di sekitar Logan Road.Inilah hakikat sokongan orang-orang Melayu Islam PAS dan PKR kepada DAP P.Pinang dimana kita menang sorak tetapi malangnya, kampung, maruah agama dan bangsa telah tergadai. Wahai orang-orang Melayu Islam di Pulau Pinang, bangun dan sedarlah !





4 comments:

  1. "Generasi muda Cina membenci rasuah. Apabila orang Melayu rasuah, mereka mengganggap seperti menjual hak kepada orang lain dan akibatnya mereka tidak menghormati orang Melayu"

    .. what a bullshit statement from our ex-KPN. Chinese hate Malays period. So whatever Malays do are wrong. It is only right when it benefitted the Chinese.

    .. doesn't the ex-KPN knows that when he was the KPN, the Chinese accuse him of being corrupt? My Chinese staff told me that. When I told my staff that Ronnie Liu is (alleged)corrupt, the staff didn't believe it but whole hearted believed that ex-KPN is corrupt without a single evidence. Just becoz ex-KPN is Malay and Ronnie is Chinese.

    .. let us not kid ourselves ok. Chinese don't hate rasuah. They only hate rasuah that doesn't benefit them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budaya rasuah ni budaya cina dari dulu sampai skrg.bukan sahaja generasi muda cina benci Melayu rasuah generasi cina tua pun sama benci Melayu rasuah.hakikatnya hanya alasan yg lemah.Melayu pun benci cina dan Melayu yg rasuah.

      Delete
  2. chinese to chinese it is goodwill.. chinese to malay is corruption..period

    ReplyDelete
  3. Elah... dah bersara baru nak bersuara... pee dah! Jaguh reban ayam!

    ReplyDelete