Friday, 5 July 2013

Kempen Selamatkan Akta Hasutan 1948


Tweets


  1. DS ZAHID HAMIDI berpendirian Akta Hasutan 1948 tak perlu dimansuh.Katanya tadi apa lagi tinggal utk lindungi rakyat dan ketenteraman negara.


    Senario politik masa kini memerlukan kepada "counter measure" yang dapat mengawal sempadan berpolitk di Malaysia supaya tidak menjadi "out of control". Keharmoniaan antara BANGSA adalah harta politik Malaysia yang tidak ternilai harganya.

    Hasil daripada toleransi bangsa maka kita dapat memupuk semangat MUHIBBAH. MUHIBBAH adalah pemangkin kepada keadaan AMAN di Malaysia yang telah memberikan "POLITICAL STABILITY" kepada negara kita ini. Kriteria utama bagi Foreign Direct Investment adalah berpaksi kepada "POLITICAL STABILITY" yang berjaya kita capai.

    Akta hasutan 1948 adalah satu "instrument preventive" yang dapat menetapkan sempadan berpolitik supaya kita tidak menghancurkan MUHIBBAH yang telah dibina sekian lama.

    Saranan Pengarah JASA - Datuk Fuad Hassan sangat bertepatan dengan usaha Menteri Dalam Negeri DS Zahid Hamidi yang berusaha mempertahankan Akta Hasutan 1948. Ini hak kita dan ianya membantu negara kita di dalam mencapai aspirasi politik.

    JOM - Selamatkan Akta Hasutan 1948 ! Selamatkan Negara Kita ! Ini tanggungan anak-anak MUDA Malaysia.

    Nota : Di bawah ini adalah contoh jika kita BERPOLITIK tanpa sempadan sebagaimana yang dilakukan oleh individu dibawah ini yang bermain api dengan sentimen perkauman yang bakal meruntuhkan MUHIBBAH di kalangan kaum di Malaysia. Politik jenis ini perlu dibendung dan "instrument preventive" seperti Akta Hasutan 1948 sebenarnya melindungi rakyat daripada ancaman politik perkauman yang tiada sempadan.



No comments:

Post a Comment