Friday, 12 July 2013

Kuala Besut - Siapa Wakil Rakyat dan PAS benarkan ISLAM diHINA CINA di Bulan Ramadhan !

Mengikut pada istilah dalam bahasa Siam, BE bermakna daerah dan SUT pula maknanya hujung. Jadi BESUT merupakan daerah jajahan SIAM yang paling jauh. Tafsiran ini adalah buah fikiran mentor saya (Haji Yahya) atau lebih senang dikenali sebagai Pak Ya. Namun sekarang Kuala Besut menjadi penentu kepada politik Terengganu. Apa yang perlu difikirkan oleh rakyat Besut adalah kebolehan kepimpinan parti yang mereka pilih bagi menjamin bahawa BESUT tidak kembali menjadi jajahan daerah yang paling jauh buat parti politik yang bakal memenangi Pilihanraya Kecil ini. PRK Kuala Besut juga bakal menentukan samada seluruh negeri Terengganu terus menerus membangun atau kembali mundur jika kembali kepada kepimpinan PAS yang dikala ini sudah membuang perjuangan HUDUD akibat daripada tekanan DAP. 


Sebelum kita bicara tentang PRK - Kuala Besut,  berita media sosial terbaru dan tergempar - blog paparkan gambar pasangan Cina yang menghina umat Islam di seluruh Malaysia dengan posting facebook yang sangat kurang-ajar. Orang-orang Cina ini menjadi begitu berani hasil asuhan DAP. DAP pula telah disokong oleh PAS dan PKR yang telah menyebabkan orang-orang Cina Malaysia begitu berani menghina Islam. Jika benar PAS perjuangkan ISLAM maka kenapa bersekongkol dengan kepimpinan DAP Cina yang menghina Islam secara terang-terang ? Terbaru, kepimpinan PAS telah memberi pembelaan kepada pasangan Bak Kut Teh ini ? Mereka dihukum atas perbuatan tidak bertanggungjawab. Mereka perlu berhadapan dengan hukuman agar ia menjadi pelajaran kepada mana-mana pihak yang ingin menghina mana-mana agama di Malaysia. Tindakan pemimpin PAS jelas menunjuknya betapa rendahnya PAS yang terlampau dahaga dan mahukan sokongan Cina hingga sanggup memperjudikan ISLAM disebabkan ingin mendapat sokongan CINA dan DAP. Adakah ini yang diperjuangkan PAS ? Pemimpin PAS jadi haprak sokong pasangan Bak Kut Teh !


Kembali kita kepada persoalan PRK - Kuala Besut. Apa yang penting bagi rakyat di Kuala Besut adalah bertanyakan soalan, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh wakil yang dipilih mewakili rakyat untuk ke Dewan Undangan Negeri Terengganu ? Setelah mengetahui peranan wakil rakyat maka kemudian itu perlulah diperhatikan calon-calon yang ditawarkan oleh parti-parti politik bagi menerajui peranan ini. Calon PAS bagi PRK - Kuala Besut Azlan @Endut Bin Yusof atau lebih dikenali Che Long adalah seorang kontraktor Kelas A dan mempunyai kelulusan SPM Gred 3. Calon ini tielah dikritik oleh Azmin Ali - Timbalan Presiden PKR dalam Berita Harian - 13 Julai 2013. "Berita di BH bertajuk, “PKR tak puas hati kelulusan calon PAS” itu memetik kenyataan Azmin yang menegaskan PKR tidak mahu campur tangan dalam pemilihan calon, tetapi sebagai rakan Pakatan, kepimpinan Pas sepatutnya meminta pandangan serta cadangan terutamnya apabila membabitkan soal pemilihan calon" . Blog bersetuju dengan saranan dan nasihat profesional Timbalan Presiden PKR. Kita memilih pemimpin yang bakal bertindak untuk kepentingan dan kebaikan rakyat. Kita perlukan pemimpin yang berkelayakan. Apa yang kita nampak dari kepimpinan PAS, PKR mahupun DAP, kepimpinan wakil Pakatan Rakyat lebih cenderung berjuang untuk kepentingan parti. Namun begitu rata-rata kita dapati apabila menang PRU atau PRK maka kepimpinan Pakatan Rakyat didapati menjauhi daripada menangani masaalah rakyat. Contoh dan bukti terbaik bagi rakyat BESUT adalah dengan melihat jiran mereka iaitu KELANTAN. Selama dua puluh tahun lebih PAS menerajui KELANTAN, kita lihat kehidupan ekonomi rakyat tidak dapat diperbaiki malah menjadi lebih teruk kerana kepimpinan PAS  tiada kebolehan mentadbir. Kita tidak mahu wakil rakyat yang pandai berpidato. Pandai ceramah. Pandai bercakap. Tetapi tidak mampu menyelesaikan masaalah rakyat. Namun begitu jika kita lihat daerah JELI di Kelantan dibawah pentadbiran Barisan Nasional, maka disini kita lihat kecekapan wakil Parlimen yang berjaya membawa pembangunan kepada jajahan tersebut. Inilah yang sepatutnya dijadikan kayu pengukur buat rakyat BESUT apabila membuang undi pada hari pengundian.

Barisan Nasional telah meletakkan seorang calon muda iaitu Tengku Zaihan. Beliau adalah seorang jurutera yang pernah bertugas dengan Jabatan Pengairan dan Saliran. Berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Sains Malaysia dan pernah menjadi jurutera daerah Besut. Dari sini kita lihat, calon BN, Tengku Zaihan adalah seorang profesional yang mampu hidup sendiri tanpa perlu bergantung kepada peluang daripada parti,kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat untuk menyara kehidupan beliau. Manakala calon PAS, perlu bergantung kepada projek-projek negeri atau swasta sebagai punca pendapatan beliau kerana beliau adalah Kontraktor Kelas A. Disini kita lihat kecenderungan calon PAS untuk bertindak bagi kepentingan diri lebih tinggi berbanding dengan calon BN. Ini adalah kerana penduduk Kuala Besut tahu sejarah calon PAS. Suatu ketika dulu calon PAS ini, Azlan@Che Long  merupakan bekas AJK pemuda Umno salah satu cawangan di Besut yang dikatakan melompat kedalam Pas demi mendapatkan projek kerana ketika itu Pas berjaya menguasai Terengganu. Oleh itu, pengundi Kuala Besut disarankan berhat-hati dengan calon PAS ini yang mempunyai sejarah yang penuh warna-warni. Namun begitu apakah ciri-ciri seorang wakil rakyat ? Dalam posting blog ini, kita jawap persoalan "Siapa Wakil Rakyat" ?

SIAPA WAKIL RAKYAT ?

Bila kita memilih wakil rakyat, kita sebenarnya memilih seorang pemimpin yang dapat mewakili kita di dalam menyuarakan keperluan kita kepada kerajaan yang merupakan suara kita di dalam pentadbiran politik. Wakil rakyat perlu mempunyai kebolehan serta keterampilan yang boleh menjalankan tugasan pentadbiran masaalah kita untuk diketengahkan kepada Dewan Negeri atau Parlimen. Kita memilih wakil rakyat bukan memilih parti politik. Tetapi wakil rakyat perlukan sokongan parti, yang dapat membantu wakil rakyat dari segi sokongan jentera sumber manusia serta “networking” yang membolehkan wakil rakyat berkhidmat kepada rakyat dengan berkesan.

Antara ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada kepada wakil rakyat adalah ?

·    Wakil rakyat perlu memahami keperluan asas penduduk setempat. Perlu faham kaedah analisa SWOT...dalam menilai kawasan DUN atau Parlimen masing-masing. SWOT Analysis mengambil pendekatan memahami setiap S – Strength / Kekuatan / W – weakness / kelemahan / O- Opportunity  / Peluang dan T-Threat – Ancaman di kawasan masing-masing.
·        
    Wakil rakyat perlu mempunyai sistem maklum balas yang cekap di dalam menguruskan kawasan masing-masing. Wakil rakyat haruslah mempunyai PR – Public Relations dengan seluruh penduduk yang berbilang bangsa dan harus ada EMPHATY iaitu sifat dapat menjiwai hasrat rakyat yang mereka wakili.
·  
    Wakil rakyat sepatutnya kurang berpidato tetapi harus cekap dalam urusan pentadbiran di dalam menyelesaikan semua masaalah rakyat dengan cara yang sistematik dan pragmatic. Wakil rakyat perlu arif di dalam menstrukturkan suasana serta perlu jelas dengan segala perancangan yang bakal ditunaikan bagai membawa pembahruan kepada kawasan-kawasan yang mereka wakili.
·         
   Wakil rakyat bertindak sebagai peace maker di dalam menyatukan rakyat dan mengawasi keseluruhan kelakuan rakyat di kawasan yang diwakili dengan sering memberi maklumat-maklumat yang membantu rakyat memahami segala perancangan kerajaan untuk mereka. Wakil rakyat harus menerangkan segala dasar-dasar serta polisi-polisi kerajaan kepada rakyat di kawasan yang diwakili bagi mengelakkan segala salah faham yang mungkin berlaku hasil daripada ketiadaan maklumat yang mencukupi atau maklumat tidak sampai kepada rakyat disebabkan jaluran perhubungan terputus antara rakyat dan pentadbiran kerajaan.
·         
     Wakil rakyat yang dipilih haruslah disokong oleh kerajaan yang memerintah bagi memudahkan wakil rakyat mendapatkan bantuan kerajaan memerintah untuk perkara-perkara yang melibatkan pembangunan bagi kebaikan rakyat di kawasan yang diwakili.  Wakil rakyat perlu ada tanggapan sosial yang jelas di mana beliau amat memahami segala kehendak serta aspirasi rakyat di kawasan yang diwakilinya.
·         
     Wakil rakyat perlu mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi di mana kelulusan akademik yang bersesuaian perlu ada bagi tujuan memudahkan wakil rakyat menjalankan tugas memahami tanggung jawab sebagai seorang pemimpin, mengeluarkan idea-idea yang bernas di dalam menangani masaalah-masaalah rakyat serta berkebolehan mencetuskan satu revolusi pemikiran rakyat yang mampu mendidik rakyat memahami segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan bagi kebaikan rakyat di kawasan yang diwakili.
·         
   Wakil rakyat perlu mempunyai emosional yang stabil serta tidak boleh mempunyai kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat. Perjuangan wakil rakyat adalah perjuangan rakyat bukan perjuangan peribadi atau perjuangan kekeluargaan. Wakil rakyat perlu berwawasan. Wawasan tersebut perlu kepada tenaga untuk direalisasikan dan dari tenaga datang keupayaan untuk melaksanakan apa sahaja yang dijanjikan.
·         Wakil rakyat juga perlu memainkan peranan di dalam melaksanakan lima peranan utama  iaitu :


1. Peranan dalam aspek politik.
           2. Peranan dalam aspek pembangunan
            3. Peranan dalam aspek sosio-ekonomi
                                      4. Peranan dalam aspek pentadbiran dan pengurusan organisai
                               5. Peranan dalam aspek kemasyarakatan dan agama

1 comment:

  1. Kat sini kau nak cerita pasal siapa lebih Islam. Kat KL, Cina boleh order polis escort ke mana-mana.

    Sila buka syedsoutsidethebox.blogspot.com

    Apa laa nak jadi dengan nasib Melayu. Dalam pembangkang dilayan 3rd class. Dalam kerajaan, dilayan macam kuli. Apa makna kuasa kalau tidak dilaksana? Bersatulah melayu!

    ReplyDelete