Wednesday, 22 April 2015

Mahathir Mudah Lupa !


Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
 
Keadaan politik semasa negara kita telah menjadi hangat dewasa ini. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tidak putus - putus menyerang melalui media,  kepimpinan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Banyak perkara berkisar tentang 1MDB. 1MDB adalah antara inisiatif Kementerian Kewangan bagi menjana pendapatan menerusi pasaran modal yang mana jika diurus dengan teratur dapat memberi pulangan yang lumayan. Namun begitu,  keputusan ekonomi  yang dibuat oleh Najib Razak telah dikritik hebat oleh Tun Dr Mahathir. Pendapat peribadi saya, 1MDB mempunyai asset yang melebihi hutang. Jika 1MDB dicairkan maka lebihan asset ini dapat membayar segala hutang. Ini juga antara respond yang diberikan oleh Najib Razak.
 
Namun begitu, saya tidak bertujuan untuk memberi ulasan terhadap 1MDB. Apa yang penting adalah keadilan untuk Najib Razak. Sebagai rakyat Malaysia, Perdana Menteri, Najib Razak perlu diberi peluang untuk meneraju negara kita atas mandat yang diberikan oleh rakyat. DS Najib Tun Abdul Razak, adalah antara pemimpin politik yang mendapat undian majoriti melebihi 10'000 pada PRU 13 di kawasan beliau bertanding di Pekan, Pahang. Namun begitu keputusan PRU 13, adalah satu titik transit di mana root cause kepada masaalah yang dihadapi oleh Barisan Nasional bukanlah atas sebab kelemahan kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak. Ia berkisar sebenarnya kepada perbalahan antara Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim yang dibiarkan berpanjangan sehingga hampir-hampir menjahanamkan Malaysia.
 
Ketika perbalahan memuncak antara Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, semua pemimpin UMNO berpihak kepada Tun Dr Mahathir termasuk DS Najib Tun Abdul Razak. Najib Razak terpaksa berhadapan dengan gergasi politik yang direka dan dicipta oleh Tun Dr Mahathir sendiri. Dr Mahathir  mengaku telah melakukan kesilapan di dalam memilih Anwar Ibrahim tetapi kesilapan beliau sebenarnya telah meletakkan Barisan Nasional dan UMNO dalam keadaan yang sangat defensive.
 
Bertolak daripada perbalahan antara Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, latar belakang yang menyebabkan perbalahan ini adalah krisis kewangan 1997-1998. Siapa yang memulakan angkara krisis matawang 1998 ? Tidak ramai yang mengetahui bahawa pada tahun 1990 hingga 1993, Bank Negara Malaysia dibawah kepimpinan Jafar Hussein sebagai Gabenor BNM dan ketua unit forex BNM - Nor Mohamed Yakob ketika itu telah kerugian sebanyak RM 15.5 billion. Keputusan untuk menceburi bidang spekulatif forex adalah tertakluk dibawah antara keputusan ekonomi yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Hal ini tidak pernah didedahkan kepada umum namun apabila berlaku kerugian, perkara ini didiamkan. Jafar Hussein dan Nor Mohamed Yakob meletakkan jawatan secara misteri. Penglibatan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad dalam forex sejak dari 1980an hingga 1993 adalah antara penyebab matawang Malaysia diserang penyangak matawang seperti George Soros kerana jika kerajaan kita terlibat dalam menjatuhkan matawang negara lain, lambat laun matawang kita akan diserang. Peluang untuk menyerang matawang Asia hadir pada tahun 1998 sepertimana peluang tersebut hadir pada tahun 1992-1993 bagi pound British. Dr Mahathir  nampak peluang baik ini lantas membuat keputusan untuk mengambil kesempatan namun keputusan beliau meleset dan Malaysia kehilangan RM 15.5 billion. Tidak ada mana-mana pemimpin UMNO termasuk DS Najib Tun Razak yang mempertikaikan keputusan Dr Mahathir.
 
Ini merupakan satu kesilapan yang ketara bukan sahaja tidak diulas malah tidak disebut langsung.  Apa yang ingin saya tekankan, semasa pentadbiran Dr Mahathir Mohamad beliau juga melakukan banyak kesilapan namun atas faktor kesetiaan kepada pemimpin, Dr Mahathir tetap disokong. Atas prinsip yang sama, kenapa Najib Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas alasan 1MDB ?
 
Mahathir Mudah Lupa !
 
Sila rujuk -
 

No comments:

Post a Comment