Sunday, 7 June 2015

1MDB - Tuduhan Tun M mengelirukan !

 
1MDB telah menjadi berita hangat dengan drama terbaru forum Nothing To Hide yang telah ditawan oleh Tun M dan rakan-rakan. Sebagai seorang negarawan tindakan tersebut hanya mencemarkan kedudukan Tun M sebagai mantan Perdana Menteri Malaysia. Seolah-olah TUN cuba menghalang Datuk Seri Najib daripada memberi keterangan secara terbuka. Di dalam urusan 1MDB apakah motif sebenar di sebalik serangan Tun M ini ? Adakah benar kerana RM 42 Billion telah hilang dan lesap tanpa kesan ?  Tuduhan Tun M ini adalah sesuatu yang luarbiasa kerana beliau seolah-olah menyatakan bahawa urusan 1MDB ini terlalu ber-rahsia dan tidak ada siapa yang tahu hakikat kebenaran pengurusan dana 1MDB. Adakah ini benar ?
 
Jika kita rujuk Wikipedia iaitu sebuah portal ensiklopedia maya yang bebas maka kita dapati 1MDB telah dimasukkan sebagai satu subjek di dalam portal maklumat bebas tersebut pada ;

07:03, 14 December 2009Nadine Azz (talk | contribs). . (2,134 bytes) (+2,134). . (Created page with '== '''1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD''' == 1Malaysia Development Berhad (1MDB) is a strategic development company, wholly-owned by the Government of Malaysia

Semenjak 14 Disember 2009, orang ramai telah didedahkan melalui entri Wikipedia tentang 1MDB dan semenjak dari tarikh itu portal bebas tersebut telah dikemaskinikan dengan maklumat-maklumat terbaru berkenaan 1MDB. Daripada sini kita dapati bahawa gesaan Tun M tentang 1MDB adalah satu covert operation rahsia adalah mengelirukan. Kerajaan Malaysia tidak pernah menghalang kemaskini maklumat (update) Wikipedia maka ini bermakna tiada cubaan untuk menghalang maklumat tentang 1MDB dari tersebar.
 
 
Apa yang kita dapati, 1MDB ditubuhkan dengan objektif membuat pelaburan strategik bagi pelan jangka masa panjang. Ini tertera pada website 1MDB dengan jelas. Apabila disebut pelan jangka masa panjang, ini bermakna 1MDB akan membuat perlaburan dalam sesuatu bidang tertentu dan di jangka mendapat pulangan lumayan antara 5 hingga 10 tahun. Ini adalah latarbelakang kepada bentuk perlaburan 1MDB.

Sila rujuk : http://www.1mdb.com.my/
 
1MDB ditubuhkan bagi mengelak kerajaan daripada terlalu bergantung kepada dana PETRONAS dan juga hasil cukai yang sudah tidak dapat menampung kos perbelanjaan bagi inisiatif pembangunan infra dan juga inisiatif CSR (tanngungjawab korporat sosial). Justeru itu, 1MDB ditubuhkan bagi mengumpul dana, membuat perlaburan dan mendapat pulangan bagi tujuan menampung keperluan pembangunan Malaysia sebagai sebuah Negara.
 
 
Tun M yang sekarang ini dikelilingi oleh ramai orang-orang yang kecewa termasuk bekas Menteri Besar Terengganu dan akibat hasutan golongan ini telah mengemukakan fakta yang mengelirukan dengan memberi gambaran bahawa sejarah 1MDB yang bermula daripada TIA diselubungi dengan rahsia dan tiada keterbukaan langsung.

 
1MDB di tubuhkan pada 1 Januari 2009. Pada bulan Julai 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebab kenapa Terengganu Investment Authority telah di ubah menjadi 1MDB bagi memastikan pulangan pelaburan 1MDB dapat dinikmati di peringkat kebangsaan daripada mensasarkan kepulangan hanya untuk sebuah negeri sahaja.
 
 
Pada sessi parlimen 2010 isu 1MDB telah ditimbulkan oleh pihak pembangkang (Tony Pua)  dan pada 13 April 2011 apabila Anwar Ibrahim memberikan kenyataan terbuka di Kucing tentang kerjasama antara 1MDB dan PetroSaudi. Jika tiada keterbukaan tentang pengurusan 1MDB, bagaimana Tony Pua dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dapat membuat kenyataan tentang GLC seperti 1MDB yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Malaysia. Pada sessi parlimen yang sama, Oktober 2010 , penjelasan telah dibuat tentang 1MDB. Parlimen telah dimaklumkan tentang kewangan 1MDB yang telah diaudit oleh KPMG, Deloitte terlibat dalam evaluasi dan analisis portfolio pelaburan dan Ernst & Young telah dilantik sebagai penasihat cukai.  Penubuhan 1MDB juga telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan ia sebenarnya adalah lanjutan usaha yang dimulakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi Terengganu Investment Authority yang ditubuhkan dibawah pentadbiran Pak Lah.
 
Selain daripada memberi gambaran yang mengelirukan tentang 1MDB, Tun M juga membuat beberapa kenyataan tentang status kewangan 1MDB. Tun M telah menuduh pada permulaan bahawa RM 42 Billion telah lesap dan tidak ada siapa termasuk Perdana Menteri yang dapat memberi jawapan tentang status kewangan 1MDB yang berjumlah RM 42 Billion. Ini adalah tidak benar sama sekali kerana perincian tentang RM 42 Billion telah pun di perincikan dan tidak timbul isu wang lesap. Kita tidak menolak kemungkinan ada keputusan pelaburan yang boleh dipersoalkan tetapi pada hematnya tuduhan RM 42 Billion lesap adalah tidak benar sama sekali. Satu lagi tuduhan adalah berkenaan tuduhan tidak ada wang yang disimpan di BSI Singapura. Ini juga adalah propaganda Tun M yang dihasut oleh orang-orang yang berkepentingan. Sebagaimana yang dijelaskan, kewangan di BSI adalah dalam bentuk unit syer sebagai jaminan pelaburan. Penjelasan berkaitan simpanan 1MDB di BSI Singapura itu terjawab  apabila IPIC dan Aabar syarikat Abu Dhabi mengambil alih aset tersebut, dengan menyalur USD 1bilion kepada 1MDB. Dengan pengambil alihan oleh IPIC tersebut, terjawablah, bahawa simpanan 1MDB di BSI Singapura mempunyai nilai, sesuai dengan nilainya seperti mana di bawa daripada Pulau Cayman. Selain daripada itu, jumlah asset 1MDB jauh melebihi nilai hutang RM 42 Billion sebagaimana yang diterang dengan jelasnya oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan dilaporkan oleh The Star pada - 28 Mei 2015. Jumlah asset 1MDB adalah berjumlah RM 51.4 Billion.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/28/1MDB-assets-worth-RM514bil-PM-Total-audited-value-includes-land-for-development-in-KL-and-Penang/


Terbaru - Antara langkah tindak balas dan tindakan pembetulan pengurusan 1MDB di dalam menangani dan memperbetulkan kelemahan yang terdapat di dalam isu governance adalah dengan perletakkan jawatan beberapa ahli dalam lembaga pengarah. Perkara ini dijangka berlaku pada bulan Julai 2015.Antara nama-nama tersenarai untuk tindakan perletakkan jawatan itu adalah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Ong Gim Huat dan Ashvin J. Valiram.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-board-to-step-down-in-july-says-report

 
Sebuah portal bernama Inside Malaysia.net telah memaparkan pada website mereka segala perincian tentang 1MDB dan dibuat kronologi tentang segala yang berkaitan dengan 1MDB. Jika tiada keterbukaan maka bagaimana portal ini dapat menyenaraikan segala-gala tentang 1MDB dan di paparkan di website mereka.
 
Sila rujuk -
 
Berikut adalah kronologi garis masa (timeline) tentang 1MDB dari 2010 hingga 2015.
 
 
2010
 

  1. 2010-05-19, Sg Besi Land Transfer to 1MDB

 
 
2011
 

  1. 2011-04-13, Anwar: 1MDB has dubious deals with Petrosaudi
  2. 2011-06-23, 1Malaysia Housing Project At Sungai Besi Airbase Site
  3. 2011-07-04, PR1MA sites located
  4. 2011-07-05, 825 acres of land for PR1MA
  5. 2011-09-08, IWK To Be Privatised to 1MDB
  6. 2011-09-28, Jho Low: Rosmah's My Friend Not My Godmother
  7. 2011-11-22, No loss from 1MDB loan to PetroSaudi - PAC
  8. 2011-11-23, 1MDB got prime land for a song, says DAP

 
 
2012
 
  1. 2012-08-10, 1MDB buying Genting Sanyen
  2. 2012-08-16, Malaysia 1MDB Said to Plan 2 Billion IPO of Power Assets
  3. 2012-08-24, Genting's local power sale will not impact credit profile
 
 2013
  
  1. 2013-04-03, Builders facing costlier labour as ETP projects go full steam
  2. 2013-04-03, LTAT clinches RM2.1b 1MDB deal
  3. 2013-04-22, PKR: Explain 1MDB bond issuance
  4. 2013-04-23, RM7.09b fund safe and for strategic investment: 1MDB
  5. 2013-04-25, 1MDB appoints Broadway Malyan master planner for Bandar Malaysia project
  6. 2013-04-26, Broadway Malyan wins design job for Bandar Malaysia
  7. 2013-05-02, 1MDB plans affordable housing in RM700m estate land, say sources
  8. 2013-06-01, Too much office space in the Klang Valley?
 
 2014
 
  1. 2014-04-08, KL-Singapore rapid-rail link in former Sungai Besi airbase
  2. 2014-04-22, Auditors highlight several critical areas in 1MDB's books
  3. 2014-05-21, 1MDB secures second extension bridge loan
  4. 2014-05-24, YTL Power seeks arbitration against PETRONAS
  5. 2014-05-31, Damansara Realty may join the power game
  6. 2014-05-31, Point of no return?
  7. 2014-06-02, YTL-TNB-SIPP JV bags power project via direct negotiation
  8. 2014-09-24, 1MDB may face loss of global investors in Tun Razak Exchange and Bandar Malaysia
  9. 2014-10-01, Probe into 1MDB financial misconduct now, says anti-graft group
  10. 2014-10-15, Government confirms award of third power plant to 1MDB
 
 
 2015
 
  1. 2015-01-05, Banker to helm 1MDB
  2. 2015-01-06, 1MDB responsible borrower and never defaulted, says new chief
  3. 2015-01-06, Bank Negara grills top executives as 1MDB fails to settle RM2 billion debt again
  4. 2015-01-06, Billionaire Ananda Krishnan in talks to invest in 1MDB power asset listing
  5. 2015-01-07, Attacks against 1MDB largely due to ‘misunderstandings', new chief says
  6. 2015-01-13, 1MDB says has redeemed in full US$2 billion invested in Cayman Islands
  7. 2015-01-24, 1MDB already audited, no basis for PAC to start probe, chief says
  8. 2015-01-28, 1MDB seeking another loan extension
  9. 2015-01-28, Bank Negara powerless to act on 1MDB loan extension request, says report
  10. 2015-02-05, Attack on bloggers to undercut me, Dr M says


Semoga Allah memudahkan urusan
Datuk Seri Najib Tun Razak. Insya Allah.



2 comments:

  1. Cerita panjang2 pun bukan dia faham. Nawaitu kalau dah jahat cerita apa tetap tak terima. Akhir2 ni Mahathir masuk kelab orang2 bodoh.

    ReplyDelete
  2. you really talk funny

    ReplyDelete