Sunday, 12 July 2015

Gempar ! - Usaha jatuhkan Najib GAGAL ! (Terkini) !

Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan antara lain prinsip DEMOKRASI BERPARLIMEN berlandaskan kepada  PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Kita perlu terima hakikat bahwa di dalam sistem DEMOKRASI, rakyat mempunyai suara mutlak dalam menentukan pemerintahan melalui pilihanraya umum. Sistem kerajaan Malaysia berteraskan konsep kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Cubaan untuk menjatuhkan Dato Sri Najib Tun Abdul Razak adalah usaha yang sebenarnya sudah tidak mempercayai kepada Malaysia sebagai sebuah Negara Demokrasi. Usaha menjatuhkan Najib juga adalah usaha seperti Kajang Move iaitu memperlekehkan pilihan rakyat melalui sistem demokrasi. Lebih kesal lagi apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai usaha ini secara tidak langsung mendidik rakyat untuk bersifat anarki dan membuang fahaman DEMOKRASI BERPARLIMEN. Kita dapati bahwa tuduhan yang bersabit dengan 1MDB tidak mempunyai asas bagi mengenepikan sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN dan seterusnya mencadangkan agar Perdana Menteri yang dipilih melalui sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN ini meletak jawatan atau disingkirkan.
 
Rakyat perlu meneliti dengan lebih halus, kenapa TUN DR MAHATHIR bertindak di luar batasan sehinggakan sanggup ketepikan sistem kerajaan yang beliau anuti sekian lama dalam kareer politik sebagai pemimpin Negara ? Ini satu persoalan. Kita ada sistem pilihanraya yang di adakan setiap 5 tahun. Kita telah melalui 13 Pilihanraya semenjak 1957 hingga kini. Jika rakyat bertindak untuk tidak memilih Barisan Nasional pada Pilihanraya ke 14 maka ini satu keputusan yang kita perlu terima sebulat suara. Kenapa Tun Dr Mahathir perlu takut jika Barisan Nasional kalah PRU 14 ? Jika benar Tun Dr Mahathir mengamalkan prinsip BERSIH, CEKAP dan AMANAH maka tidak perlu gusar jika PRU 14, Barisan Nasional kalah kerana itu adalah kehendak rakyat melalui satu sistem yang kita semua sepakat untuk diguna pakai. Alasan Jambatan Bengkok dan Perhubungan dengan Singapura adalah antara alasan Tun Dr Mahathir tidak berpuas hati dengan pentadbiran Dato Sri Najib. Selain daripada isu 1MDB, kita dapati Tun Dr Mahathir mempunyai sikap yang sangat prejudis terhadap Dato Sri Najib.
 
PERSOALAN sekarang adalah, dari mana terbit sikap extreme prejudice ini ? Semestinya perasaan ini timbul akibat daripada tuntutan-tuntutan Tun Dr Mahathir yang ditermakan sebagai personal request oleh Dato Sri Najib Tun Razak di dalam blog beliau yang tidak dipersetujui oleh Dato Sri Najib. Sebagai seorang perdana menteri budiman (a gentleman prime minister) Dato Sri Najib masih menjaga air muka Tun Dr Mahathir dengan tidak mendedahkan apakah personal request ini yang mengakibatkan Tun Dr Mahathir bertindak di luar batasan. Tun Dr Mahathir sanggup menjual maruah bangsa dan Negara dengan membuat temuramah di New York bagi mengecam Dato Sri Najib. The Champion of Third World Countries kini jatuh martabat kerana terpaksa mengadu kepada media barat bagi mendapatkan perhatian terhadap personal request yang tidak diberi perhatian oleh Dato Sri Najib.

Kita juga mendapati penangkapan Xavier Justo telah membuka lagi persoalan tentang perhubungan pegawai khas Tun Dr Mahathir, Sufi Yusuff  dengan editor Sarawak Report Claire Recastle Brown dan juga Xavier Justo. Ini bermakna kemungkinan Tun Dr Mahathir diberikan sumber maklumat atau terlibat dengan pengedaran sumber maklumat palsu yang telah diperolehi dan dipalsukan oleh Xavier Justo. Selain daripada itu akhbar The Edge turut terlibat di dalam melaporkan laporan yang berdasarkan sumber palsu yang sama sepertimana Sarawak Report. Sila lihat : Bagaimana-1mdb-jadi-mangsa.html ?
 
Jika kita amati secara lebih halus, usaha mengadakan 1MDB adalah antara program transformasi bagi mengumpulkan dana pembangunan untuk membangunkan Malaysia ke tahap mencapai Wawasan 2020. Di mana hendak kita letak graduan-graduan yang keluar dari IPTA dan IPTS berpusu-pusu setiap tahun jika kerajaan tidak mengadakan program-program mendapatkan dana bagi membina prasarana baru untuk mengadakan industri - industri baru supaya tenaga kerja baru ini dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dari generasi sebelumnya. Sebenarnya, Kementerian Kewangan dan Kerajaan Malaysia adalah penjamin kepada pinjaman yang dibuat oleh 1MDB dan jika 1MDB tidak dapat membayar balik pinjaman tersebut maka selepas dari itu barulah Kerajaan Malaysia disabitkan dengan tanggung-jawab sebagai penjamin. Setakat ini 1MDB telah membayar lebih dari RM 3 billion daripada keseluruhan pinjaman berjumlah RM 41.8 billion dan dalam masa 3 bulan difahamkan RM 16 billion akan dibayar kepada bank-bank antarabangsa yang terlibat dengan pinjaman tersebut. Ini adalah 1/3 daripada jumlah hutang 1MDB. Jika diberi ruang dan peluang, Dato Sri Najib akan selesaikan masaalah 1MDB ini melalui pelan rasionalisasi. Pelan ini dapat dilaksanakan kerana asset 1MDB melebihi hutang. Semua maklumat dan maklum balas berkenaan 1MDB jelas tertera di laman sesawang 1MDB dan semua soalan yang dikemukakan Tun Dr Mahathir telah dijawab dengan jelas dalam laman sesawang tersebut.
 
Kita dapati setelah semua jawapan  diberikan dan langkah-langkah pembetulan  diadakan oleh Dato Sri Najib termasuk membenarkan PAC,Jabatan Audit Negara, Bank Negara dan Pasukan Petugas Khas yang diketuai pengarah Bank Negara Malaysia, pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Ketua Polis Negara Malaysia dan Peguam Negara menyiasat bukan sahaja 1MDB tetapi akaun peribadi Dato Sri Najib dan isteri beliau, masih terdapat usaha-usaha yang tetap mahu Dato Sri Najib disingkirkan. Ini adalah sesuatu yang diluar jangkaan dan berpaling kepada motif sebenar Tun Dr Mahathir mahu menjatuhkan Dato Sri Najib sehingga tercetusnya krisis politik ini. Laporan Wall Street Journal yang berasaskan kepada dokumen perbankan yang tertera jelas merujuk kepada sumber yang tidak sahih dan dokumen menuduh pemindahan wang kepada akaun peribadi Datin Sri Rosmah Mansor yang mempunyai kesilapan dalam butiran nombor kad pengenalan jelas membuktikan ini adalah satu konspirasi lemah yang diadakan bagi menyerang kestabilan politik Malaysia yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen.

Terkini adalah berhubung video pengakuan seorang individu yang dipercayai bekas editor portal Sarawak Report yang dikatakan terlibat secara langsung dalam memalsu, menerbit dan menyebarkan fakta tidak tepat tentang 1MDB.

 Julai 16/2015 - siasat-pengakuan-bekas-editor-sarawak-report-



 
Usaha jatuhkan Najib GAGAL !
 
 

No comments:

Post a Comment