Friday, 28 August 2015

Himpunan Bersih 4.0 - Batalkan Melalui Perintah Mahkamah ! Suara PAP (Siri 6)

 
Artikel ini dikarang oleh : Saudara Rahmad Isahak
 


Setiausaha Organisasi Penaja (PAP)
Pihak PDRM ataupun DBKL didesak agar mendapatkan satu perintah mahkamah bagi membatalkan, menghalang malah melarang pihak penganjur atau ejen-ejennya daripada mengadakan demontrasi jalanan yang pada dasarnya masih dikategorikan sebagai perhimpuman haram atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam dinegara ini.  Langkah-langkah pencegahan menerusi satu perintah mahkamah perlu dilakukan demi kepentingan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa disamping soal keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipertahankan. Walaupun wujud aku-janji serta syarat-syarat yang diberikan oleh pihak penganjur dari sudut keselamatan, namun kedegilan pihak penganjur yang masih mahu aktiviti berkenaan diadakan disekitar lokasi strategik dikawasan ibu negara hanya bertujuan mahu menjatuhkan imej pentadbiran negara dimata dunia tanpa mengambil kira kesengsaraan dan kerugian yang bakal ditanggung oleh rakyat disekitar lokasi berkenaan.
 
Apakah pihak penganjur akan bertanggungjawap sepenuhnya jika wujud unsur provokatif yang melampaui keraguan yang munasabah sehingga boleh mendatangkan elemen negatif dari sudut keselamatan dan ketenteraman awam diketika berlangsungnya perhimpunan tersebut ? Niat dan hasrat mereka perlu disekat menerusi perundangan negara supaya sambutan hari kebangsaan dapat disempurnakan tanpa sebarang kecacatan yang berkemungkinan dicetuskan oleh rakyat negara ini sendiri.  Sekalipun pihak penganjur cuba mengambil kesempatan murahan keatas situasi politik dinegara ini, jangan sampai mengajar rakyat mengkhianati erti semangat kemerdekaan yang dikecapi selama 58 tahun lalu. Jangan libatkan soal politik semasa sambutan hari kebangsaan. Persoalannya mengapa pula hendak berdemontrasi diketika berselang beberapa hari sebelum negara menyambut hari kemerdekaan jika bukan kerana ada agenda tersirat  umpama "api dalam sekam" ?

No comments:

Post a Comment