Wednesday, 19 August 2015

PAP - Jalan Tengah kepada pilihan POLITIK Malaysia ! (Siri 2)


Kemelut politik semasa telah memaksa rakyat Malaysia bagi mencari satu jalan keluar kepada pilihan politik yang dapat merealisasikan kehendak mereka. Kekecewaan terhadap status quo politik tanahair telah menyebabkan rakyat tertanya-tanya, adakah mereka mempunyai pilihan selain daripada Barisan Nasional atau parti-parti politik pembangkang ?
 
Pentadbiran cara lama adalah hanya satu rujukan sahaja. Rakyat memerlukan pentadbiran baru di dalam menguruskan kerajaan. Kita tidak mengatakan pentadbiran perlu ditukar. Kita perlu kepada satu pendekatan baharu yang dapat memberi kepuasan kepada aspirasi rakyat. PAP adalah jalan tengah kepada pilihan politik rakyat Malaysia.
 
PAP mempunyai falsafah pemikiran yang membezakan antara akal dan nafsu. Pentadbiran politik yang berpandukan akal yang bersih akan memastikan cara perjalanan politik akan tetap berada di atas paksi kebenaran. Amanah rakyat akan terpelihara kerana nafsu tidak memainkan peranan di dalam pengurusan politik bagi pihak rakyat. Rakyat memberikan amanah atas dasar kepercayaan. Kepercayaan rakyat tidak boleh di salahguna atau diseleweng kerana ini akan menimbulkan kebencian.
 
Bagi sebuah Negara, penekanan yang paling penting adalah bersabit kepada intipati pendidikan kebangsaan. Kita akan memastikan pendidikan kebangsaan berteraskan bahasa kebangsaan akan dinaikkan martabat sehingga rakyat tidak ingin lagi terhadap persekolahan berdasarkan aliran bangsa masing-masing. Apabila British memperkenalkan pendidikan berteras bahasa Inggeris, rakyat Malaya ketika itu begitu menyanjung tinggi pendidikan aliran Inggeris hingga mereka tidak lagi berminat kepada pendidikan aliran bangsa dan menukar kepada pendidikan aliran bahasa Inggeris. Sebagai sebuah Negara majmuk kita tidak menghalang pembelajaran aliran bangsa masing-masing yang dibiayai secara persendirian.
 
PAP, demi rakyat sanggup bekerjasama dengan mana-mana parti politik bagi membantu mencapai kehendak rakyat. Sebagai contoh, PAP sanggup memulakan referendum bagi mendapatkan semula Pulau Pinang dan diletak dibawah penguasaan dan hak milik kerajaan Melayu Kedah. Seberang Perai akan dijadikan sebuah daerah jajahan Kedah dan Pulau-Pinang diletakkan di bawah kerajaan Persekutuan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan. Jika cadangan ini menjadi kenyataan, maka bermakna Pulau-Pinang akan mendapat Datuk Bandar yang pertama dan rakyat Seberang Perai akan tertakluk dibawah pemerintahan Duli Tuanku Sultan Kedah.
 
 
Dari aspek perancangan pembangunan, PAP akan memperjuangkan pembangunan decentralize dimana tumpuan terhadap pembangunan pusat bandar akan ditangguhkan. Pembangunan bersasar akan ditujukan kepada kawasan-kawasan luar bandar bagi menaik taraf kehidupan rakyat termiskin. Adakalanya projek-projek di kawasan bandar tidak menguntungkan rakyat tetapi hanya memberi imbuhan kepada golongan masyarakat korporat yang menjadi kroni-kroni pemimpin politik. Terdapat juga keadaan di lokasi pembangunan yang tidak mengambil kira keadaan infrastruktur setempat sehingga mengakibatkan banjir kilat berlaku. Ini menyusahkan rakyat sebagai pembayar cukai hanya semata-mata kerana mempertahankan projek-projek kepentingan kroni pemimpin-pemimpin politik.
 
Dari sudut pembangunan kesihatan, PAP berpendapat, hospital-hospital pakar sepatutnya tidak diletakkan di dalam kawasan pusat bandar. Ini menyulitkan pelawat-pelawat untuk datang melawat pesakit-pesakit kronik. Ini adalah antara contoh masaalah yang perlu perhatian kerajaan dari aspek menyelesaikan masaalah dari aspek kepentingan rakyat bukan dari aspek empunya projek, pemaju  atau pemilik tanah. Hospital-hospital pakar perlu diletak di pinggiran bandar atau di zon pembangunan kesihatan yang bersesuaian.
 
Dari sudut keagamaan dan bagi menghormati semua kaum dan agama, semua rumah-rumah ibadat perlu mengikut spesifikasi, pelan kejuruteraan, pelan pembangunan perlu diluluskan, di gazet terlebih dahulu dan  mempunyai sijil kelayakan menduduki (CF) yang sah. Jika terdapat pengurusan rumah ibadat yang tidak teratur maka pembinaan rumah-rumah ibadat tidak sah akan mendatangkan masaalah yang bakal mencetuskan suasana tegang antara kaum dan agama.
 
 
Berkenaan harta-harta milik tanah wakaf yang tersenarai di bawah pengurusan Majlis Agama Islam seluruh negara yang kini telah terbiar dan ada yang di salahgunakan perlu di semak dan di kaji semula. Kita mendapati ada tanah-tanah wakaf yang disalah guna oleh bukan Islam yang menjalankan perniagaan menyalahi hukum syarak. Tanah-tanah perkuburan yang sedia ada perlu diperelokkan dan keperluan kepada tanah-tanah perkuburan Islam baru perlu disediakan secukupnya. Ini semua adalah contoh-contoh pembahruan pengurusan yang perlu mendapat perhatian kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat.
 
 
 

No comments:

Post a Comment