Friday, 21 August 2015

Pendedahan - PAP / Status Tanah Kampung-Kampung Melayu di Pulau-Pinang ! (Siri 3)

 
Presiden Penaja (PAP) -
Saudara Zulkifli Mohd Noor
 
Setiausaha Organisasi Penaja (PAP) -
Saudara Rahmad Isahak
 
Sila ikuti wawancara berikut bersama - dua pengasas People's Alternative Party (Parti Alternatif Rakyat) - Presiden Penaja (PAP) - Saudara Zulkifli Mohd Noor dan Setiausaha Organisasi Penaja (PAP) - Saudara Rahmad Isahak  P.Pinang, 20 Ogos 2015.
 
Status Tanah Kampung-Kampung Melayu di Pulau-Pinang.
 
 
Agenda utama kerajaan negeri Pulau-Pinang adalah bagi memastikan tanah kampung-kampung Melayu secara berperingkat-peringkat di hapuskan pendudukan atas muslihat pembangunan bandar. Pemaju di beri sokongan kerajaan negeri bagi memajukan tanah-tanah yang dibeli daripada pemilik asal tanpa mempedulikan rayuan penduduk terutama orang-orang Melayu yang telah lama bermastautin di tanah tersebut. Pengusiran sistematik dilakukan tanpa belas kasihan dan atas nama pembangunan sedikit demi sedikit tanah-tanah kampung-kampung Melayu di Pulau-Pinang dibangunkan dan orang-orang Melayu hanya menang sorak, kampung tergadai. Alasan yang diberikan adalah pemilik tanah yang mengusir penduduk selepas mendapat arahan mahkamah tetapi sebenarnya kerajaan negeri membenarkan perkara ini berlaku tanpa memperjuangkan hak rakyat sebagai penduduk asal kampung-kampung tersebut.
 
 
November 2013, di Parlimen Bagan, penduduk-penduduk Rumah Hijau telah diberikan notis pengusiran dan tidak ada usaha daripada kerajaan negeri DAP untuk memperjuangkan hak mereka yang mana terdapat juga orang-orang Cina dan India. Perkara yang sama berlaku semenjak pemerintahan DAP di P.Pinang di mana tanah-tanah yang diduduki orang-orang Melayu secara tiba-tiba dijual oleh pemilik-pemilik tanah kepada pemaju-pemaju tanpa apa-apa sekatan. Selain daripada pengusiran daripada pemilik-pemilik tanah, pengusiran secara halus yang disabitkan kepada pelan pembangunan kerajaan negeri juga di lakukan bagi tujuan yang sama.  
 
Perkara yang sama berlaku pada 2012 di Kampung Mutiara, Batu Ferringhi.  Batu Ferringhi terletak dibawah Parlimen DAP Bukit Bendera dimana 4 kampung Melayu antara penyokong kuat DAP kerana diberikan tapak badminton setiap satu kampung iaitu di Kampung Din Bambo, Kampung Sungai Satu, Kampung Rasa Sayang dan Kampung Mutiara. Sekarang Kampung Mutiara adalah kampung Melayu pertama dalam kawasan Batu Ferringhi dibawah Bukit Bendera yang akan dirobohkan oleh kerajaan Negeri hasil persetujuan wakil rakyat DAP Bukit Bendera. Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak tahun 1950-an lagi dan menempatkan lebih 200 penduduk yang sekian lama menetap di situ. Dugaan ini amat berat sekali buat mereka.  
 
15 Ogos 2010, kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang. DAP mahu membayar harga tanah yang murah dan rendah berbanding pasaran kepada penduduk kampung. Pembinaan Universiti Nanyang ini adalah satu pelan terancang untuk mengusir keluar orang Melayu dari Pulau Pinang. Balik Pulau adalah parlimen yang majoritinya Melayu di bahagian pulau. Usaha DAP untuk membina Universiti Nanyang atas nama Education Hub sebenarnya adalah untuk menguasai keseluruhan kawasan pulau agar DAP boleh menguasainya secara mutlak. DAP semakin rakus untuk berkuasa. Apa yang memalukan, yang membantu usaha DAP ini adalah orang Melayu sendiri. Kerana umpan kemewahan, tanah Melayu akan tergadai.
 
 
2014 di Jelutong pula, satu notis telah dikeluarkan buat kali ketiga oleh Pejabat Tanah Daerah Timur Laut kepada penduduk Kampung Pokok Assam, Jelutong agar mereka segera berpindah dan mengosongkan perkampungan yang sudah didiami lebih 50 tahun itu. Tarikh akhir kampung tersebut perlu dikosongkan adalah 9 Julai 2014.
 


 
 
Bukan sahaja di pulau bahkan di tanah besar Seberang Perai fenomena ini berlaku. Pada November 2013, di Bukit Mertajam, penduduk di kampung Permatang Tok Suboh di arah berpindah keluar daripada kampung yang sudah mereka diami sejak turun temurun atas alasan pemilik tanah telah mendapatkan arahan mahkamah untuk mereka di usir keluar. Perancangan halus ini menampakkan satu dasar pengusiran yang disokong oleh kerajaan negeri P.Pinang. Satu perancangan sistematik yang dirancang bersama pemaju dan pemilik tanah atas nama pembangunan telah mensasarkan kawasan pendukduk-penduduk Melayu miskin.



Selain daripada itu, usaha licik kerajaan negeri DAP di dalam mengusir orang-orang Melayu dari kampung mereka juga dilaksanakan melalui projek-projek mega yang dijalankan di Pulau-Pinang. Projek yang menelan belanja RM 6.3 billion bagi mengadakan terowong antara Pulau-Pinang dan Seberang Perai telah mengakibat penduduk-penduduk di kawasan Tanjung Tokong kehilangan kampung warisan mereka yang berusia lebih 200 tahun.  Projek itu tetap diteruskan kerajaan negeri di sebalik bantahan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk negeri ini sendiri yang melihatnya bukan keperluan mendesak. Malah, kerajaan negeri juga seolah-olah membutakan mata dan memekakkan telinga dengan pelbagai persoalan yang dibangkitkan pelbagai pihak di sebalik perancangan projek itu. Antaranya sikap tergesa-gesa kerajaan negeri dalam merancang dan meluluskan projek itu serta pertikaian tentang ketelusan pemberian tender kepada pemaju. Turut dipertikai ialah penyerahan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang dekat sini sebagai bayaran kepada pemaju projek berkenaan. Penganugerahan itu dilihat hanya memanfaatkan pemaju memandangkan nilai hartanahnya yang semakin meningkat, selain turut menimbulkan kebimbangan terhadap nasib dan masa depan penduduk di kawasan tanah terlibat.

Rumusan.
 
 
 
Apa yang kami perhatikan adalah dasar pembangunan kerajaan negeri Pulau-Pinang itu sendiri jelas menunjukkan kebencian mereka terhadap orang-orang Melayu. Mereka seolah-olah ingin membalas dendam kepada orang-orang Melayu yang selama ini mereka pendam kerana tidak mempunyai kuasa. Apabila Pulau-Pinang jatuh ke tangan mereka maka secara tidak langsung usaha bagi mengusir orang-orang Melayu dari Pulau-Pinang dapat di laksanakan dengan jayanya. Pihak kami bimbang akan masa depan tanah kampung-kampung Melayu di Pulau-Pinang kerana tidak ada usaha bagi menyekat fenomena ini daripada terus melanda bangsa Melayu di Pulau-Pinang.Usaha mereka untuk merampas negara ini dijalankan melalui pelbagai cara. Cara yang sedang digunakan sekarang adalah melalui sistem pendidikan, ekonomi, hak pemilikan tanah, perlembagaan negara, agama dan kini melalui pengubahan sejarah.

Siri pendedahan ini di teruskan bagi menyedarkan bangsa Melayu ketika mereka sedang leka berpolitik sedikit demi sedikit hak-hak mereka sedang dicabul.
 

Saudara Zulkifli Mohd Noor
Tel : +60124830878

Saudara Rahmad Isahak
Tel: +0194728509

No comments:

Post a Comment