Tuesday, 25 August 2015

Pusat Pelacuran Tanah Wakaf Pulau-Pinang - Suara PAP (Siri 5)


Presiden Penaja (PAP) -
Saudara Zulkifli Mohd Noor
 
Setiausaha Organisasi Penaja (PAP) -
Saudara Rahmad Isahak
 
Sila ikuti wawancara berikut bersama - dua pengasas People's Alternative Party (Parti Alternatif Rakyat) - Presiden Penaja (PAP) - Saudara Zulkifli Mohd Noor dan Setiausaha Organisasi Penaja (PAP) - Saudara Rahmad Isahak  P.Pinang, 25 Ogos 2015.

Status Tanah Wakaf di Pulau-Pinang



Pulau-Pinang dahulunya dikenali sebagai pusat pengajian Islam yang antaranya terulung di Nusantara. Ramai tokoh-tokoh agama Islam bermastautin di Pulau-Pinang dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap penduduk-penduduk Pulau-Pinang. Akibat terdidik dengan ilmu Islam maka ramai usahawan-usahawan Melayu yang arif tentang hukum agama membeli tanah-tanah di seluruh Pulau-Pinang dan menjadikannya sebagai tanah-tanah wakaf. Niat golongan ini adalah sebagai kegunaan orang ramai agar mereka mendapat barkah di akhirat. Majlis Agama Islam Pulau-Pinang mempunyai banyak tanah-tanah wakaf di seluruh Pulau-Pinang. Namun penyelenggaraan tanah-tanah wakaf ini tidak menyeluruh. Sebagai pengamanah kepada tanah-tanah wakaf, Majlis Agama Islam Pulau-Pinang seharusnya mengenal-pasti tanah-tanah wakaf dan memastikan tanah-tanah wakaf tersebut tidak disalahguna. Kedudukan tanah-tanah wakaf ini sangat startegik, bersebelahan masjid, di tengah-tengah bandaraya, berhampiran permandangan indah di tepi pantai dan hingga ke puncak bukit terdapat tanah-tanah wakaf.
 
 
Namun begitu, disebabkan pentadbiran yang tidak cekap maka banyak tanah-tanah wakaf di seluruh Pulau-Pinang telah diambil alih oleh pihak ketiga dan ada yang digunakan bagi tujuan yang bertentangan dengan syarak. Tidak ada tindakan atau tuntutan yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Pulau-Pinang. Rakyat ingin tahu berapa banyak tanah-tanah wakaf di seluruh Pulau-Pinang yang telah dikenalpasti ? Apakah jenis perniagaan atau pengurusan yang dilaksanakan di tanah-tanah wakaf tersebut ? Berapa banyak dari tanah-tanah wakaf tersebut yang telah disalahgunakan oleh pihak ketiga.
 
 
 
Pihak kami mendapati banyak tanah-tanah wakaf di seluruh Pulau-Pinang telah di ambil alih oleh pihak ketiga yang telah menggunakan tanah-tanah wakaf sebagai pusat penagih dadah berkumpul, pasar-pasar menjual daging khinzir, tempat yang dibangunkan bangunan haram bagi penempatan pendatang tanpa izin dan yang sangat memalukan adalah tanah-tanah wakaf telah digunakan sebagai pusat pelacuran.  Kerajaan Negeri Pulau-Pinang dan Majlis Agama Islam Pulau-Pinang harus membuat sebuah buku laporan senarai tanah-tanah wakaf di seluruh Pulau-Pinang termasuk Seberang Perai bagi tatapan seluruh umat Islam Pulau-Pinang. Buku senarai hartanah tanah wakaf harus disebarkan kepada seluruh anak qariah masjid-masjid di Pulau-Pinang melalui JKKK setiap daerah dan kampung. Pada hemat kami, tanah-tanah wakaf dibahagikan kepada dua. Tanah wakaf khas dan tanah wakaf am. Kita perlu tahu status dan jumlah tanah-tanah wakaf khas dan am ini ?
 
Kita juga perlu tahu pendapatan yang diterima melalui sumber tanah-tanah wakaf ini. Ada yang terdapat rumah-rumah kedai, ada yang terdapat rumah-rumah sewa dan penempatan, ada yang mempumyai tapak-tapak gerai dan ada juga ladang-ladang yang mampu mengeluarkan hasil. Apa berlaku kepada sumber pendapatan daripada tanah-tanah wakaf ini dan bagaimana sumber ini dikutip dan diagihkan ? Apa yang berlaku kepada bangunan-bangunan pra zaman perang yang terdapat di tanah-tanah wakaf ? Bagaimana ia di urustadbir dan kawal penyeliaan ? Dimana diletakkan duit kutipan dari sumber-sumber tanah-tanah wakaf  dan disimpan di akaun mana oleh Majlis Agama Islam Pulau-Pinang ?
 
Keseluruhan penilaian tanah-tanah wakaf seluruh Pulau-Pinang dari segi jumlah keluasan, lokasi serta nilai terkumpul tanah-tanah wakaf perlu dihitung oleh Majlis Agama Islam Pulau-Pinang. Tanah-tanah wakaf yang diduduki secara haram dan yang disalah guna oleh orang-orang bukan Islam haruslah dikenalpasti. Pendudukan haram harus dilarang dan diusir keluar bagi mengembalikan pengunaan tanah-tanah wakaf mengikut hukum syarak. Majlis Agama Islam Pulau-Pinang perlu menubuhkan satu jawatankuasa bebas yang dianggotai oleh golongan yang berpengaruh serta para cendikiawan Islam bagi menasihati pengurusan dan pentadbiran tanah-tanah wakaf seluruh Pulau-Pinang. Sebagai satu contoh, di sebuah lorong berdekatan Penang Road terdapat hotel murahan yang duduk di atas tanah wakaf. Amat sedih sekali hotel murahan tersebut telah bertukar menjadi pusat pelacuran di atas tanah wakaf Pulau-Pinang. Siapa yang menanggung dosa atas perbuatan mungkar ini ? Adakah Pulau-Pinang bakal dikenali sebagai Darul Maksiat !
 
Persoalan ini kita ajukan kepada Majlis Agama Islam Pulau-Pinang.

No comments:

Post a Comment