Saturday, 22 August 2015

Tema Merdeka - Keangkuhan Kerajaan DAP Pulau-Pinang - Suara PAP ! (Siri 4)

 
Artikel ini dikarang oleh : Saudara Rahmad Isahak


Setiausaha Organisasi Penaja (PAP)
Isu tema hari kemerdekaan, kerajaan negeri Dap jangan bersifat angkuh. Sekiranya benar tema "Bersih" digunapakai bagi tujuan sambutan hari kemerdekaan oleh kerajaan negeri Dap, maka ini amat jelas menunjukkan bahawa mereka cuba menghasut dan mengheret rakyat negeri ini menentang dasar intergrasi nasional yang lebih mementingkan soal keharmonian kaum yang berbilang bangsa dinegeri Pulau-Pinang khususnya. "tema "Bersih" itu sepatutnya dan berkemungkinan harus terpakai kepada soal pentadbiran kerajaan negeri yang semakin tidak bersih lebih-lebih lagi terhadap dasar pembangunan yang membebankan malah tidak menguntungkan rakyat miskin di negeri ini.
 
Jangan sesekali mengajak rakyat negeri ini bersekongkol serta bersubahat dalam menghayati erti "Bersih" yang sememangnya membawa maksud yang tidak digalakkan disisi undang-undang menerusi bantahan "jalanan". Kita percaya wujud agenda tertentu sehingga mendorong kerajaan negeri bersedia untuk bertentangan dengan kerajaan pusat mengenai isu tema hari kebangsaan diketika dalam keadaan sedar bahawa kerajaan negeri ini masih tertakluk dibawah pentadbiran kerajaan pusat serta perlembagaan negara.
 
 
"Tolong jangan bertindak sebagai sebuah negeri yang mempunyai kuasa autonomi secara "syok sendiri" kerana ianya tidak sama sekali mengambarkan kehendak rakyat berbilang kaum dinegeri ini yang masih kukuh berpegang kepada prinsip rukun negara yang berpaksikan perlembagaan dan undang-undang negara.  Jika benar kerajaan negeri Dap serius mengenai isu tema "Bersih" yang bertentangan dengan tema kerajaan pusat berkenaan walaupun bukan atas kehendak rakyat. Rakyat tidak pernah sebulat suara memberi mandat kepada kerajaan negeri dalam menentang hasrat kerajaan pusat.
 


Pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng secara rasionalnya telah dengan sengaja menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong kerana baginda adalah juga Tuanku Sultan Kedah takkala negeri Pulau - Pinang masih berstatus "negeri pajakan" dibawah hakmilik kerajaan Melayu negeri Kedah sehingga kehari ini".
Justeru itu adalah wajar diatas semangat kemerdekaan dan berbangga menjadi anak malaysia semua agensi kerajaan pusat disaran tidak turut serta ataupun mengadakan sambutan hari kebangsaan yang bertemakan "sehati sejiwa" disuatu lokasi berasingan dinegeri ini. Kita ingin mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak cuba mencari sokongan rakyat sehingga sanggup mempolitikan isu tema sambutan hari kemerdekaan Negara !
 
 
 
 






No comments:

Post a Comment