Tuesday, 1 September 2015

Bersih 4.0 - Platform DAP cabar KUASA POLITIK MELAYU !!! Suara PAP (Siri 7)


Artikel ini dikarang oleh : Saudara Rahmad Isahak

 
Setiausaha Organisasi Penaja (PAP)
Isyarat  DAP untuk menumbangkan serta usaha bagi memonopoli kuasa politik negara jelas terserlah tanpa berselindung menerusi siri demontrasi haram jalanan Bersih 4.0 walaupun tanpa sumbangan berkesan dari rakan sekutu mereka khususnya dari PKR. Tanpa prasangka dikatakan bahawa inisiatif  DAP melalui pihak penganjur yang mahu melihat "tsunami bersih" dihadiri daripada kaum bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina telah berjaya. Penganjuran platfom Bersih pada kali ini meskipun berlangsung secara aman walaupun diklasifikasi oleh undang-undang adalah haram, telah secara terang-terangan mencabar bukan sahaja soal ketenteraman awam serta perundangan negara malah turut secara tidak langsung mengambil kesempatan untuk mencabar kuasa politik orang Melayu diketika sesama pemimpin Melayu tidak konsisten dan bersatu dalam isu-isu tertentu. 
 
Sepintas lalu terbukti bahawa satu kebangkitan kaum bukan Melayu khususnya masyarakat Cina yang didukungi oleh  DAP cuba melakukan provokasi politik dengan harapan tindakan mereka dapat mempengaruhi rakyat Malaysia supaya dalam waktu yang singkat dapat menukar kerajaan menerusi "protes undi jalanan". Pihak penganjur mahupun pemimpin-pemimpin  DAP yang belum disahkan jawatan mereka walaupun menyedari bahawa tidak akan ada hasilnya dari perhimpunan haram berkenaan, namun mereka cuba mendabik dada kerana berjaya mencabar kedudukan kuasa politik Melayu dinegara ini. Situasi seperti ini amat merbahaya dan perlu  ditangani segera dan bayangkanlah jika percaturan pihak pembangkang untuk mewujudkan kerajaan campuran melalui undi tidak percaya sehingga PRU 14 kelak, adakah ianya akan menguntungkan orang Melayu? 
 
Sekalipun ada cakap-cakap sinis yang menggangap kurangnya peserta Melayu semasa perhimpunan berkenaan tidak semestinya mereka menyokong kerajaan adalah tidak rasional dan tepat. Sebaliknya majoriti kaum Melayu mahupun bukan Melayu yang waras serta berintergrati lebih berkeyakinan memberikan mandat mereka melalui peti undi semasa PRU 14  nanti daripada menjual maruah mereka di tepi jalan. Tidak terkhilaf dikatakan bahawa majoriti rakyat yang berbilang bangsa yang cintakan keharmonian kaum dinegara ini tidak pernah mengizinkan maruah mereka diperdagangkan ditengah-tengah jalan menerusi perhimpunan haram seperti Bersih 4.0 .  "Ambillah iktibar dari apa yang berlaku ini kerana adalah menjadi suatu liabiliti kepada orang Melayu khususnya bila sesama pemimpin Melayu biarpun berlainan ideologi politik bercakaran". Lihatlah apa yang telah berlaku kepada kuasa politik Melayu di Pulau-Pinang sebagai contoh dan mungkin juga pihak pembangkang khususnya  DAP cuba untuk mengadaptasikan formula yg sama keperingkat pusat pula. "Pergerakan umpama "api dalam sekam" ini jika gagal ditanggani secara serius dari sekarang maka tidak mustahil klausa kebal yang menjadi benteng orang Melayu melalui perkara 153 Perlembagaan Negara berkemungkinan bakal dipinda apabila suara politik Melayu bukan lagi suara majoriti.


No comments:

Post a Comment