Friday, 4 September 2015

DAP - JAWATAN KUASA PUSAT HARAM ! ISU ROS Belum Selesai - Suara PAP (Siri 8)

 
Artikel ini dikarang oleh : Saudara Rahmad Isahak
 

Setiausaha Organisasi Penaja (PAP)
Badan Pendaftar Pertubuhan atau ROS didesak supaya memuktamadkan segera siasatan terhadap parti DAP yang telah berlarutan lebih dari dua tahun .  Kegagalan mahupun kelewatan agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri berkenaan dalam membuat keputusan terhadap DAP boleh mengundang persepsi negatif rakyat terhadap intergriti badan berkenaan. Dari sudut yang rasional sepatutnya siasatan terhadap DAP perlu dimuktamadkan terlebih dahulu sebelum pihak  ROS memutuskan siasatan keatas kes parti komponen BN, MIC, akan tetapi berlaku sebaliknya.  Sudah dua kali bermula bulan Disember 2012 dan 29.9.2013 parti DAP mengadakan pemilihan parti malah kedua-duanya pihak ROS tidak mengiktiraf pemegang jawatan CEC DAP Pusat kerana dikatakan wujud penipuan hasil dari laporan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri. Yang menjadi persoalan umum adalah bagaimana parti berkenaan boleh beroperasi seperti biasa tanpa sebarang tindakan sedangkan wujud arahan mandatori pihak ROS bertarikh 6.12.2013 yang melarang pemegang jawatan CEC yang belum disahkan daripada membuat sebarang polisi mahupun keputusan parti sehingga siasatan terhadap parti berkenaan dimuktamadkan.
 
Timbul persoalan apakah kepimpinan parti berkenaan telah benar-benar bebas daripada arahan mandatori berkenaan atau parti DAP mempunyai kekebalan "khas" dari sudut undang-undang terutamanya dibawah Akta Pendaftar Pertubuhan 1966?  Banyak perkara-perkara serta tindakan yang layak dipertikaikan semasa "tempoh larangan" telah dicabuli termasuk membenarkan calon DAP bertanding di dua PRK Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan ,membuat keputusan dalam perlantikan ahli-ahli majlis, melantik pemegang jawatan diperingkat negeri, meluluskan usul serta membuat pindaan pada perlembagaan parti , memecat serta meluluskan keahlian baharu disamping mengutip yuran keahlian dan lain-lain aktiviti parti yang meragukan. Begitu aneh sekali apabila "modus operandi haram" oleh pemimpin DAP yang jawatan mereka belum disahkan boleh secara terang-terangan mencabar sekatan undang-undang tanpa sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa ? Kelewatan dalam membuat keputusan terhadap parti berkenaan turut meletakkan rakyat Selangor dan Pulau-Pinang khususnya dalam dilema kerana parti DAP adalah kerajaan peneraju sedangkan Ketua Menteri tiada jawatan yang sah dalam parti.  Sebegitu juga diperingkat kerajaan tempatan kesemua ahli majlis mereka dilantik secara melanggar undang-undang negara .
 
 
Demi kepentingan ahli parti berkenaan dan rakyat yang berbilang kaum dinegara ini adalah dituntut agar pihak ROS memberikan penjelasan tentang kedudukan terkini dan bilakah keputusan muktamad akan dibuat terhadap parti berkenaan ? Keputusan terhadap siasatan parti DAP perlu dinoktahkan bagi mengekang sikap ego pemimpin mereka yang merasakan bahawa seolah-olah tanpa prasangka undang-undang berada dibawah kawalan parti mereka. Justeru itu dari sudut sekatan arahan pihak ROS pada bulan Disember 2013 yang difahamkan masih terpakai dan sah hingga ke hari ini, ia secara kesinambungan bermakna calon-calon DAP adalah juga dilarang untuk bertanding pada pilihanraya negeri Sarawak nanti. Ini adalah kerana tiada seorang pun pemimpin DAP yang layak membuat keputusan apatah lagi melantik calon melalui watikah yang sah !

Tuesday, 1 September 2015

Bersih 4.0 - Platform DAP cabar KUASA POLITIK MELAYU !!! Suara PAP (Siri 7)


Artikel ini dikarang oleh : Saudara Rahmad Isahak

 
Setiausaha Organisasi Penaja (PAP)
Isyarat  DAP untuk menumbangkan serta usaha bagi memonopoli kuasa politik negara jelas terserlah tanpa berselindung menerusi siri demontrasi haram jalanan Bersih 4.0 walaupun tanpa sumbangan berkesan dari rakan sekutu mereka khususnya dari PKR. Tanpa prasangka dikatakan bahawa inisiatif  DAP melalui pihak penganjur yang mahu melihat "tsunami bersih" dihadiri daripada kaum bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina telah berjaya. Penganjuran platfom Bersih pada kali ini meskipun berlangsung secara aman walaupun diklasifikasi oleh undang-undang adalah haram, telah secara terang-terangan mencabar bukan sahaja soal ketenteraman awam serta perundangan negara malah turut secara tidak langsung mengambil kesempatan untuk mencabar kuasa politik orang Melayu diketika sesama pemimpin Melayu tidak konsisten dan bersatu dalam isu-isu tertentu. 
 
Sepintas lalu terbukti bahawa satu kebangkitan kaum bukan Melayu khususnya masyarakat Cina yang didukungi oleh  DAP cuba melakukan provokasi politik dengan harapan tindakan mereka dapat mempengaruhi rakyat Malaysia supaya dalam waktu yang singkat dapat menukar kerajaan menerusi "protes undi jalanan". Pihak penganjur mahupun pemimpin-pemimpin  DAP yang belum disahkan jawatan mereka walaupun menyedari bahawa tidak akan ada hasilnya dari perhimpunan haram berkenaan, namun mereka cuba mendabik dada kerana berjaya mencabar kedudukan kuasa politik Melayu dinegara ini. Situasi seperti ini amat merbahaya dan perlu  ditangani segera dan bayangkanlah jika percaturan pihak pembangkang untuk mewujudkan kerajaan campuran melalui undi tidak percaya sehingga PRU 14 kelak, adakah ianya akan menguntungkan orang Melayu? 
 
Sekalipun ada cakap-cakap sinis yang menggangap kurangnya peserta Melayu semasa perhimpunan berkenaan tidak semestinya mereka menyokong kerajaan adalah tidak rasional dan tepat. Sebaliknya majoriti kaum Melayu mahupun bukan Melayu yang waras serta berintergrati lebih berkeyakinan memberikan mandat mereka melalui peti undi semasa PRU 14  nanti daripada menjual maruah mereka di tepi jalan. Tidak terkhilaf dikatakan bahawa majoriti rakyat yang berbilang bangsa yang cintakan keharmonian kaum dinegara ini tidak pernah mengizinkan maruah mereka diperdagangkan ditengah-tengah jalan menerusi perhimpunan haram seperti Bersih 4.0 .  "Ambillah iktibar dari apa yang berlaku ini kerana adalah menjadi suatu liabiliti kepada orang Melayu khususnya bila sesama pemimpin Melayu biarpun berlainan ideologi politik bercakaran". Lihatlah apa yang telah berlaku kepada kuasa politik Melayu di Pulau-Pinang sebagai contoh dan mungkin juga pihak pembangkang khususnya  DAP cuba untuk mengadaptasikan formula yg sama keperingkat pusat pula. "Pergerakan umpama "api dalam sekam" ini jika gagal ditanggani secara serius dari sekarang maka tidak mustahil klausa kebal yang menjadi benteng orang Melayu melalui perkara 153 Perlembagaan Negara berkemungkinan bakal dipinda apabila suara politik Melayu bukan lagi suara majoriti.